Home

Tanggal 15 Disember 2017 bersamaan 26 Rabiuawwal 1439H jam 6.00 petang maka lahirlah seorang puteri diberi nama Wafa Zinnirah binti Muhammad Amin.

Puteriku ini diberikan nama bersempena dengan seorang sahabiah di zaman Rasulullah SAW yang kuat aqidah mempertahankan keimanannya.

Sementara wafa diambil daripada makna kesempurnaan @ kesetiaan.

Semoga puteriku ini menjadi anak yang solehah dan mujahidah ummah.